18/05/2012

Kolej Matrikulasi Selangor Dan Secebis Renungan.

Bismillah.

Dear journal,

  Pertama sekali, aku susun 10 jari tangan [Ok, aku ingat nak susun 10 jari kaki jugak, tapi agak tak sopan dan macam aksi lucah. Ok, sangat tak sopan.] kepada member-member Blogger yang tertanya-tanya mana aku menghilang, terutama si Penulis Misteri. Dia ingat aku sakit, hoho. Terharu.

  Sejujurnya, aku tengah buat preparation ke Kolej Matrikulasi Selangor pada 28 Mei ni. IPTA? Aku dapat tawaran UiTM - Diploma Sains Perladangan. Hmm, aku taktau kenapa, tapi aku nak jugak duduk dengan tumbuhan, haiwan. Tapi ayah aku tak kasi. Ok la, fine.

InsyaAllah, tempat aku bakal tuntut ilmu!
eyesofq.blogspot.com

  Dan untuk pengetahuan semua, aku takde laptop. Dan aku ada request nak laptop, tapi ayah aku tak kasi. Dia suruh aku tengok dulu keadaan asrama macam mana. Aku rasa, aku nak cakap kat dia, aku nak cuba hidup tanpa laptop.

  Somehow, aku rasa semua ni ada hikmah. Dah tiba masanya aku hidup macam pelajar asrama. Tak banyak benda sia-sia yang aku buat. Aku nak betulkan niat aku pergi sana dulu. Aku yakin, semua yang jadi takkan sia-sia.

  Apapun, kat sana ada komputer lab. Maybe ada time limit, tapi insyaAllah, itulah yang terbaik. Ada time limit, aku gunakan masa tu untuk update blog ni dengan entri yang berfaedah. Itu sudah pasti.

Berlari mengejar.. Batang kayu?
imgfave.com

  And yes, aku ingat aku nak 'berhijrah' lagi.

  'Hijrah' apa tu

  Aha, biarlah rahsia.. Tapi sejak dulu lagi, 'hijrah' tu bermain-main dalam otak aku. So tahun ni aku dah buat wishlist! Aku nak perbaiki diri aku lagi and jadikan aku setapak untuk masuk fasa 'hijrah' tu, insyaAllah.

  Aku bagitau korang, dengan niat mengajak sama-sama berhijrah dalam apa jenis bentuk pun dalam hidup masing-masing. Dan yup! Dengan niat, doa' kan la aku, mudah-mudahan dipermudahkan niat aku tu. Walaupun korang taktau apa benda aku ngomel ni, haha!

  Maybe ini entri last sebelum aku masuk asrama. Aku nak prepare kan diri aku dari segi fizikal, mental, dan rohani. So, aku nak rehat-rehat kejap. Korang tak marah kan? Nanti dah sampai sana aku update! Kalau ada hantu, lagi cepat aku update, haha!

'Bidadari dunia tidak memandang dan tidak dipandang.'
mygj.net

  Kepada member Blogger, ingatlah bahawa aku selalu ingat kat korang. Sebab korang la, blog aku hidup. Ini bukan cerita nak kasi kipas kosong, tak. Ini cerita betul. Jadi, aku ucapkan terima kasih kerana tarbia'h aku selama ni. Tanpa korang, apa la sangat blog aku ni.

  Sebelum aku log out, aku nak kongsi satu pemikiran.

  Sayyidina Umar bin Al-Khattab RA pernah menyatakan,

  "Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya."

  Cuba tengok ibu kita. Cuba tengok isteri kita, KALAU ADA. Kalau perempuan, cuba tengok diri masing-masing. Renung-renungkan. InsyaAllah entri seterusnya akan diperkuatkan lagi kenyataan ni.

04/05/2012

Karenah Perempuan #1

Bismillah.

Dear journal,

  Tak kira la perempuan sebagai anak, sebagai mak, sebagai kakak, sebagai member, or even sebagai girlfriend atau isteri, pernah tak berlaku insiden macam ni dalam hidup korang?

  Dan untuk laki, pernah tak korang terkena situasi macam ni?









DAN, situasi ini.




    
  Kesimpulannya, orang perempuan ni sebenarnya golongan yang suka memujuk dan dipujuk.

  Kepada lelaki yang tak pernah terkena, korang bakal terkena, wakaka! Kecuali kalau korang gay. Atau korang jumpa perempuan yang terlalu matang.

  Jap, orang perempuan ada ke yang jenis takde dalam situasi kat atas ni?
   


02/05/2012

Dosa Halus : Jadi 'Orang Tengah' Dalam Facebook.

Bismillah.

Dear journal,


NOTA : Siapa rasa diri dia Islam dan ada Facebook, tolong baca sampai habis. Jangan baca separuh, terus nak hentam aku. Aku dah explain semua kat sini. Jangan remehkan benda yang bakal menyusahkan kita. 


  Orang tengah?

  Orang tengah macam mana tu?

  Kita dah tutup aurat dalam gambar Facebook. Apa lagi tak kena? Ok, so apa yang jadi 'orang tengah' pulak ni?

  Benda ni sebenarnya aku tak sedar, tapi aku tersedar bila ada member aku dalam Facebook yang ADD FRIEND members perempuan aku, walhal masing-masing duduk jauh. Kiranya member aku ni pakai ADD jela. Yang pasti, member aku yang ADD ni lelaki, dan korang tau-tau jela ada segelintir FRIENDS kita ni, tak menutup aurat.

  Tapi dalam entri ni tak bermaksud orang tak menutup aurat, kita boikot diorang. Even yang menutup aurat melakukan aksi 'ngeri' pun gambarnya masih ragu-ragu dan takut menimbulkan syahwat terhadap laki yang tengok.

  Seburuk-buruk pun seseorang, kita sebagai ummat Islam sepatutnya buang sikap prejudis. Terima la hakikat manusia ni berbeza dan hidayah datang dengan cara dan masa yang berbeza. Kita hanya mampu nasihat dalam hikmah dan mendoa'kan masing-masing.

  Jadi, kita lindung diorang. Kalau kita mampu dan rela untuk menutup aib orang lain, insyaAllah, Allah akan tutup balik aib kita satu hari nanti. Antara faktor yang boleh jadikan kita 'orang tengah' dalam Facebook dan terdedah dengan dosa halus adalah :



1. Senarai FRIENDS Dalam Profile Facebook Kita.

Gambar yang ditunjuk 100% bertujuan untuk dijadikan contoh,
bukan perlian atau niat menjatuhkan.
Err, gambar yang tak tutup aurat telah aku gelapkan.

  Untuk pengetahuan semua, terdapat spesies manusia yang suka tengok FRIENDS orang lain. Ada sesetengah lelaki akan cari perempuan cantik untuk ADD. Dan aku tak nafi, ada segelintir perempuan yang cari lelaki hensem untuk ADD.

  Bayangkan, orang yang masuk profile kita je, dia akan ternampak gambar member kita tak tutup aurat. Lepas tu dia terus ADD member kita. Kat sini, kita dah jadi 'orang tengah'.

  Jadi, aku nak ajak, tolonglah hide kan FRIENDS kita. Inilah tanggungjawab kita sebagai ummat Islam yang menggunakan Facebook. Janganlah kita 'bantu' keluarga/member kita terdedah daripada masalah ni.


2. Gambar-gambar Dalam Photos Of You.


  Selain tu, aku perasan FACEBOOK-ER ni bila dah bergambar, suka tag orang. Lepas tu terpampang gambar tag dalam profile Facebook kita. Apa salahnya tag member kan? Tak salah kan? Lagipun kita tutup aurat, takkan tak boleh?

  Memanglah kita dah sempurna tutup aurat, tapi ada sesetengah member kita pulak tak menutup aurat. Takkan la kita nak selamatkan diri kita je? Sikit sebanyak kita adalah 'orang tengah' jugak.

  Masalahnya, yang masukkan gambar tu member kita, kita tak boleh delete. Jadi kita boleh remove gambar tu daripada profile kita. Nanti bila orang masuk profile kita, takde la kita jadi 'orang tengah' yang dedahkan aurat orang lain.


3. Gambar Yang Kita Tangkap.

Oleh kerana rasa ngeri nak letak gambar orang, maka aku
letak gambar ni jela ya.
thebeautyofislam.tumblr.com

  Ada sesetengah gambar yang kita tangkap, memang takde muka kita langsung atau muka kita ada, menutup aurat. Tapi malangnya partner yang bergambar dengan kita tu tak menutup aurat. Jadi kat sini kita dah terdedah dengan jadi 'orang tengah'.

  Sebab tu la siapa yang nak jadi photographer, perlu peka dan sensitif tentang benda ni. Kalau dalam Facebook, elok la kita jangan letak gambar yang tak menutup aurat. TERMASUK gambar bukan diri kita, tapi orang lain yang tak menutup aurat jugak.

  Tak kisah la gambar kita tak kenal ke, artis ke, gambar K-Pop, J-Pop, M-Pop, dan segala -Pop ke. Kita tetap jadi 'orang tengah'.


*********************************************************************************

  Aku tau, mesti ada segelintir yang baca akan keluarkan statement kat bawah. Maka, aku dah prepare nak jawab.


*********************************************************************************



"Alahai, benda remeh macam ni pun boleh masuk line jugak kan?"

styledip.com

    FIRST, benda yang remeh ni la akan jadi penyumbang peratus kita masuk neraka esok. Kita tengok drama wayang semua. Bila dalam saat genting, manusia akan saling salahkan. Tak terfikir pulak bila kita nak menghadap mahkamah Allah kat padang Mahsyar nanti?

  Mesti masing-masing nak selamatkan diri. Masing-masing nak pertahankan diri. CONTOHNYA,

  "Sebab dia la, dosa saya makin bertambah! Dia tunjuk gambar saya dalam Facebook dia, orang ajnabi pun tengok. Bertambah la dosa saya!"

  "Kenapa pulak saya? Kamu yang tak menutup aurat! Jadi, bukan salah saya. Dosa tanggung masing-masing."

  "Tapi tanggungjawab kamu sebagai orang Islam untuk lindung sesama Islam kan? Kamu tak nasihat saya, dan saya taktau kalau kamu pernah doa'kan saya. Sekarang saya dikira teraniaya. Dan kamu yang menganiaya semua orang yang dapat dosa sebab gambar kamu."

  And then, dapatlah balasan yang setimpal sebab kalah kat mahkamah. Atas sebab? Tak bertanggungjawab sebagai sedara sesama Islam.


"Penulis ni memang tak open langsung la. Kalau ada gambar sedara aku tak tutup aurat, takkan aku nak delete jugak? Apa pulak cakap dia nanti?"

beautifulgirlphoto.info

  Semata-mata nak jaga hati sedara semua, kita perlu dedahkan aurat diorang? Aku tak faham kat mana nilai SAUDARA tu kalau kita bagi alasan macam ni. Open tak open cerita nombor dua. Banyak benda lain kita boleh open, tapi bukan dalam hal ni.

  Pilih, sama ada nak jelaskan kat sedara tentang sebab kita delete gambar-gambar atau delete dan senyap. Senang je. At least, kita dah mainkan peranan kita dalam bersaudara. Jangan kita tau nak seronok tapi esok terkantoi sama-sama macam persoalan yang pertama tadi.



"Macam mana aku nak promote photography aku kalau ketat gila syarat, tak boleh dedahkan aurat orang?"

Ada orang kata gambar ni tak tutup aurat. Yakin ke orang dewasa tu perempuan?
Zaman sekarang ramai je orang laki rambut panjang.
Dan naik ke syahwat laki tengok gambar ni? Langsung takde point ya.
Lain kali aku kena buat entri pasal ni pulak la nampaknya.
weheartit.com

  Jadilah photographer yang bertamadun dan berjiwa Islam. Rezeki Allah yang bagi. Kalau kita ada prinsip, insyaAllah rezeki kita akan terbentang luas. Percayakan Allah. Tepuk dada tanya iman.



  "Ala, kalau aku hide semua ni pun, orang boleh cari, boleh tengok jugak. Tak dapat elak."

  AT LEAST, kita dah usaha sesuatu. AT LEAST, kita dah 80% tolong diri kita, tolong orang lain. Yang cari, yang tengok tu, terpulang kat diorang. AT LEAST kita takde dalam list 'orang tengah' dah. Daripada orang yang banyak bagi alasan tapi AT LEAST tak buat apa-apa?



  "Baik kau tak payah pakai Facebook."

vivresimply.blogspot.com

  Facebook sekarang perlu untuk aku berhubung dengan member lama semua. Dan Facebook boleh hubungkan aku dengan info terbaru. Yang baik kita ambik, yang buruk kita elakkan. Habis cerita.

  Tak payah nak perli kalau tak suka. Aku cuma sebarkan sebagai peringatan untuk diri aku, sambil tu ajak pembaca berfikir jugak. Lebih baik diam daripada komen benda tak berguna macam tu.


NOTA : Hati-hati kepada para Blogger jugak. Elakkan daripada letak gambar tak sepatutnya dalam blog kita. Sebab ramai orang yang akan tengok nanti. Nanti tergagap nak jawab depan Tuhan.

01/05/2012

7 Blogger-Kena-Kipas Bulan MEI!

Bismillah.

Dear journal,

  Start bulan ni, aku nak mula kenalkan 7 Blogger tiap-tiap bulan yang bagi aku memang terbaik. Dari segi apa? Banyak benda, tapi aku akan bagitau sikit-sikit sambil perkenalkan diorang.

  Yang tak famous layak disokong untuk jdi famous, dan yang famous layak disokong untuk jdi famous amos, wakaka! Tak kisah la. Yang penting disebabkan diorang, aku seronok blogging. Dan aku akan pastikan diorang ni berbaloi untuk penyinggah aku Follow diorang.

NOTA : Aku akan letak diorang ni kat bloglist special aku dalam sebulan sebagai tanda sokongan kat diorang. Diorang kena kipas sekali seumur hidup la, wakaka! Aku nak perkenalkan Blogger best yang lain jugak nanti.


*********************************************************************************


1. Apple.

http://bwerking.blogspot.com/

  Kalau korang tengok kaki komen blog aku, dia la nombor satu and komen entri aku dari mula aku blogging. Aku bukan nak puji pasal dia kuat komen blog aku, tapi komen dia berkualiti. Tak percaya cuba check.

  Blog dia banyak kupas pasal isu sosial dan benda yang kita tak pernah dengar sebelum ni dalam masyarakat. Sebenarnya blog dia interesting untuk orang yang suka tau pasal psychology masyarakat.



2. Lady Milo.

http://lady-milo.blogspot.com/

  Sis ni bukan Followers aku dan aku taktau la kalau dia pernah terjah blog aku. Itu aku tak peduli. Yang pasti, personaliti dia sangat menarik aku. Carutan dia pun bila baca ada point, wakaka!

  Blog dia cerita pasal life dia, tapi masih bukan cerita kosong. And sis ni kahwin dengan samurai Jepun, wakaka! Serius.



3. YM. Bundle.

http://pablodeaskoba.blogspot.com/

  Aku taktau la apasal ada bundle. Bro ni ada pengalaman kat downtown kot, wakaka! Apapun, first time aku masuk blog dia, aku suka. Sebab dia laki yang berprinsip dan benci 'I follow you, you follow me'.

  Dalam blog dia memang banyak mengutuk, haha! Tapi apa yang dia kutuk tu logik dan kadang-kadang perlukan someone untuk tegur. Tapi teguran dia memang sentap. Terbako. Yang pasti, dia tak peduli.



4. Lisanul Hakim.

http://lisanul-hakim.blogspot.com/

  Sejujurnya aku takut nak cakap panjang lebar dengan bro ni mula-mula, sebab dia pelajar Al-Azhar kat Mesir sana. Manalah tau dia akan sound aku sebab kureng menepati muslimah yang lembut, haha! Tapi lama-lama bila aku rajin jenguk dan tegur blog dia, rupa-rupanya bro ni seorang yang mesra dan sporting. Fuh, lega.

  Aku suka datang blog dia, sebab blog dia walaupun banyak maklumat berunsur Islamik jenis salin balik, tapi bro ni dapat dari pelbagai sumber. Kiranya tak penat aku nak terjah semua website. Cukup aku tengok blog bro ni je. Takpe, bro ni sentiasa meninggalkan kredit dan sumber asal.



5. Encik H.

http://penulis-misteri.blogspot.com/

  Mula-mula aku kenal dia sebagai Penulis Misteri. Dia agak ramah berbanding blog dia yang lebih kepada tema 'kesunyian', wakaka! Dia kata satu hari nanti aku akan tau identiti sebenar dia. Pergh, merungkai alam Misteri Nusantara, wakaka!~

  Apapun, blog dia lebih bertemakan.. Buat masa sekarang, macam kesunyian je? Tapi yang aku suka, dia berterus-terang. Ceh, mentang-mentang misteri, dia hentam saja apa yang dia nak luah. Tapi aku respect bro ni. Tak semua laki akan cerita pahit hidup diorang.



6. Clive.

http://byclive.blogspot.com/

  Bro ni pun dikira baru jugak dalam hidup blogging aku. Tapi bro ni pun kalau komen, dia suka bagi pandangan yang bernas. Kira tak kosong la jugak bila dia dah start komen.

  Apa yang menarik, blog dia. First, walaupun bahasa Inggeris, tapi bahasa mudah dan sedap mata nak baca. Second, entri bro ni banyak benda yang buat aku,

  "A'ah la. Tak terfikir pulak."

  Dia suka cerita random issues, tapi lebih kepada karenah masyarakat. Kot. Buat masa sekarang yang aku ikuti blog dia la.



7. Muttallif.

http://i-think-of.blogspot.com/

  Yes, bro ni pun baru aku kenal jugak. Tapi komen dia kat blog aku sama, berguna. Kira kalau ada topik yang dia rasa patut lontar pandangan, dia bagi. Kalau tak perlu, dia still comment jugak. Aku taktau kenapa, tapi aku suka cara orang komen berkualiti ni.

  Apapun, blog bro ni random. Baru-baru ni setahu aku pasal cloud... Cloud what? Oh ya, cloud computing. Yakni benda yang aku tak pernah tau. Dan ada jugak tips pasal kehidupan, semangat, kepimpinan. Bergabung la jugak.

  Yang pasti, bro ni pencinta Tatabahasa, ekekeke!


*********************************************************************************


  So, inilah dia 7 Bloggers yang aku rasa, well, puas hati feature diorang dalam blog aku untuk bulan MEI ni. Aku akan terus cari lagi Blogger yang patut kena kipas macam diorang ni, wakaka!

  Maafkan aku ya kalau nampak macam pelik, banyak Bloggers laki, cuma ruang pengisian tak mengizinkan dan kalau korang perasan, ruangan Mei ni aku lebih cakap pasal Bloggers yang leklek, dan semua orang tau laki bila blogging, err, lagi leklek. Kot?

InsyaAllah minggu depan aku dapat tunjukkan sis-sis Bloggers yang berkualiti. Lagipun tak perlu la aku kipas dengan niat jahat. Siapa nak jaga hero kerinting aku nanti kalau bukan aku, muahahaha!~

  Oh ya! Aku gagal dapat tawaran IPG. Takpe, takpe. Bukan rezeki aku la tu. InsyaAllah tinggal keputusan UPU. Kalau tak dapat UPU, nampaknya aku kena campak la dalam Matrikulasi.