30/04/2012

Cara Buat Fanpage Facebook.

Bismillah.

Dear journal,

  Harini aku nak bagi cara untuk buat fanpage sendiri kat Facebook, haha! Agak susah bagi aku masa mula-mula nak explore cara nak bikin. Apapun, check it out! Mana yang dah tau, sila skip je sampai habis, okey? Ada benda aku nak cakap jugak.


LANGKAH 1 : Click Kat ACCOUNT SETTING.

Kat sebelah HOME tu je.


LANGKAH 2 : Scroll Bawah Sekali, Ada Create A Page.

Warna merah tu ha.



LANGKAH 3 : Pilih Kategori!

Ada banyak, tapi nak senang pilih COMMUNITY. Lepas tu korang kena isi maklumat
penting dalam PAGE tu. Isikan mana yang mampu, ok!




LANGKAH EXTRA : Cara Letak Page Untuk LIKE Kat Blog/Lain-lain.

Nanti korang akan dapat ADMIN PANEL lepas dah buat page korang.
Then, klik kat MANAGE.
Then, klik kat EDIT PAGE.

Dah besar-besar dah kasi bulat tu. Klik situ.


Ada banyak plug-in korang boleh tengok.
Tapi kalau nak betul-betul ala fanpage tu,
klik kat LIKE BOX.

Lepas korang klik GET CODE, akan keluar banyak jenis kod.
Paling mudah, ambik kod IFRAME.




  Ok, so alang-alang tu LIKE la fanpage ni eh, wakaka! Page ni dibikin pun untuk mudahkan orang lain contact aku dan kalau aku nak mintak pandangan, bagi pandangan, kongsi maklumat, mudah sikit kan?

  Apapun, in real life, aku sedang tunggu detik debaran pukul 2.00 petang ni. Keputusan temuduga jadi cikgu. Hmm.. Entah la. Aku redha jela dengan ketentuan Ilahi. Kalau takde rezeki, aku tunggu lagi keputusan UPU. Dah takde choice, Matriks la.

  Sebenarnya aku agak down ni, tapi hero kerinting dah taskirah aku, bagi semangat, terus tersedar, wakaka! Terima kasih ya. *Kelip-kelip mata. Tutup muka, blah.*

  Apapun, terima kasih sangat-sangat kepada readers yang doa'kan aku. Semoga korang semua sentiasa bawah rahmat Yang Maha Esa. Hidup mesti diteruskan! Usaha!


29/04/2012

REVIEW : The Avengers Dan Konklusi BERSIH 3.0.

Bismillah.

Dear journal,

imdb.com

  Pergh! Pergh pergh pergh. Pada pukul 10.45 malam, aku and the family pergi tengok wayang cerita The Avengers. Sejujurnya, aku tak minat action ala Marvels ni. Layan tu layan la kalau ada orang ajak, tapi not my taste. [2 kali aku menguap]

  Tapi aku gagahkan diri aku duduk panggung sebab aku dah lama tak tengok The Incredible Hulk. Ok, Captain America agak hensem. Tapi tak boleh lawan Hulk yang comel. Ok fine, faham-faham la orang perempuan bagi review, wakakaka!

  Aku bagi point je la. Nanti ada yang maki aku kat ruangan komen.



  First, aku suka storyline dia dan takde cerita cinta lucah yang meleret. Okay, so filem ni kategori clean la jugak. Clean tahap Amerika la. Kalau tahap Islam, tak clean sangat dan takkan clean kot. And tak bosan. Ada selit humor spontan. Memang bukan lawak bodoh la.

Abam Hulk aku nampak paling comel, wakaka!
loupdargent.com

  Second, aku suka pengajaran cerita ni. Pasal kerjasama, pasal kempimpinan, pasal pengorbanan demi Bumi yang tercinta. Konsep bagus. Oh yes, persahabatan pun ada.

  Third, aku puas hati bab 3D, animation diorang. Memang nampak real habis. Tapi makhluk asing dalam filem tu ala raksasa Final Fantasy pulak. Korang tau tak Final Fantasy? Salah satu game meletup milik syarikat game Jepun. Kira ala fantasy la jugak cerita ni.

  Fourth, kalau korang tak kenal karakter dalam komik Marvels, agak susah sikit korang nak faham storyline dia. Sebab masing-masing jadi superhero ada sebab. Contoh, aku kureng kenal karakter utama Thor. Aku kenal, tapi kureng kenal. Ok fine. Tapi bila aku fahamkan, baru aku tau siapa Thor ni.

  Fifth, yang pasti Hulk ni comel. Badan besar, warna hijau, rambut ala rumput, perangai spontan yang lawak, bila mengaum pun comel, wakakaka! Ok ok, sentap hero kerinting aku, wakaka!

  So, tak hairan la bro Ben dengan bro Ezad kata best! Memang best pun! Tapi lagi best kalau aku tengok cerita seram. Ok, fine. Aku kena kurangkan tengok cerita seram.



*********************************************************************************

Amekaw! Geng kuning mari!
beritasemasa.com

BERSIH 3.0 dah habis. Jom kita tengok sama-sama kalau ada sebarang perubahan.

Aku tengok video polis langgar orang BERSIH. Ada kekeliruan kejadian sebab baru tadi member aku kata bukan orang BERSIH. Still, semua orang dah maklum provoke ada di mana-mana, terutama time demonstrasi. Aku still fikir, kenapa orang Bersih tak halang? Keadaan kelam-kabut? Sila buat demonstrasi lebih teratur selepas ini.

Dan Ustaz Hasrizal ceritakan pengalaman pahit beliau kena carut, kena maki dengan pihak FRU walaupun sekadar duduk tepi kolam. Aku taktau la kalau mencarut ni boleh melegakan keadaan? Dan aku taktau pulak kalau kita ada kuasa boleh hina orang lain?

Aku bukan cakap ni niat nak tunding-tunding, tak. Niat aku, nak semua orang nampak. No one's perfect. Pihak polis tak perfect, pihak BERSIH tak perfect. So tolong jangan fanatik sangat.

Dah macam-macam status aku baca kat FB. Tolong jangan tegakkan benang yang basah. Dan tolong jangan nak melatah, terus bersangka buruk. Kalau kita taktau apa-apa, diam. Jangan tunjukkan kebodohan. Kalau nak bercakap pun biar had sampai ilmu yang kita ada. Jangan tokok tambah.

Kita taktau pihak mana yang sebenar-benar, pihak mana yang seburuk-buruk. Politik memang kotor. Jangan terus buat konklusi sendiri. Kalau kita kat pihak yang salah, alamatnya menjawab kat padang Mahsyar. Hati-hati ketika bercakap. Kerana mulut, badan binasa!

Walau apapun yang berlaku, benda SUDAH berlaku. Berdoa' sama-sama demi keamanan dan keadilan negara kita. Yang benar pasti akan diselamatkan Tuhan.

28/04/2012

Kaki BERSIH 3.0 Nak Kasi Bersih Lagi.

Bismillah.

Dear journal,

profhariz.com

  Kepada SIS AI. Apa pendapat anda sebagai seorang bebas politik? Maksud saya, sebagai rakyat yang tak membuta-tuli main sokong satu parti? Apa pendapat anda pasal Bersih 3.0 ni?



Media Yang Langsung Tak Adil? Aku SOKONG.

totti-batista.blogspot.com

  FIRST, aku fikir ada tuntutan yang penting. Contohnya media kena adil, hentikan rasuah, dan hentikan politik kotor. So aku fikir positif bab ni.

  Aku dah naik letih baca surat khabar, baca media pasal kutuk pembangkang. Kenapa tak adil? Kenapa kerajaan je dapat kelebihan sebar lebih maklumat, tapi pembangkang tak dapat? Terutama kat televisyen. Aku rasa unfair sangat.

  Biarlah rakyat tengok sendiri, bukak mata sendiri. Kita bukan baby, nak disuapkan semua. Apa kata bagi rakyat berfikir sikit? Tapi bagi aku paling baik, tak payah la nak kutuk sesama sendiri. Dua kali lima je. Baik diorang story masalah rakyat daripada masalah diorang nak dapat undi.

  Kerajaan duk cerita hal pembangkang liwat. Pembangkang duk cerita hal kerajaan ni lembu. Woi, bila korang nak cerita hal RAKYAT?



Pembangkang Tak Puas Hati Lagi? PUASKAN Hati Diorang.

nukerude.blogspot.com

  SECOND, on the same time kita boleh tafsir jugak yang Bersih ni dibuat atas sebab pembangkang tak puas hati asyik kalah je. Diorang budget ada undian luar yang SPR tak kira semua, so diorang pun nak la dakwat kekal semua tu.

  Kalau kita di pihak yang benar dan kita rasa kita the best, apa salahnya kita ikut kehendak diorang? Kalau kerajaan usaha the best, dakwat kekal ke, dakwat transparent ke, diorang tetap naik jugak. Buat apa nak takut?

  Maybe aku terlepas pandang dengan faktor-faktor yang buat SPR tolak permintaan diorang. Still, diorang tak puas hati dan teruskan demonstrasi. Apa kata SPR kasi cakap jelas sikit kalau tak boleh laksanakan? Manalah tau diorang ni tak faham bahasa ke kan..

  MANA LA TAU..



Demonstrasi Ala Rusuhan? Mana Buku Diorang Belajar Ni?

abunuha.wordpress.com

  Masa aku perhatikan Bersih 2.0, yang yeye lontar bom, lontar air semua macam polis je. Siap ada geng biru datang lagi. Diorang ingat ni filem yakuza ke, geng ramai-ramai datang nak berentap? Apa ni, Mega Movie ke?

  Rusuhan lain, demonstrasi lain. Bersyukur la sikit diorang ni waras lagi, nak buat demonstrasi aman. Kalau tiba-tiba diorang buat rusuhan ramai-ramai, tak ke naya? Apa je diorang buat. Nyanyi-nyanyi, jerit-jerit, jalan-jalan. Dah penat diorang balik la.

  Yang ya nya diorang ni tak puas hati.. Pergilah puaskan hati diorang ni.. Tak boleh kasi puas, pergilah explain jelas-jelas, betul-betul. Buat diorang takde point lagi untuk buat demonstrasi.



Menakutkan Orang Awam? Buat Kerugian? Perempuan Dengan Kanak-Kanak Join BERSIH?

Yang lawa-lawa ni duduk rumah, ok?
langitilahi.com

  Part ni aku setuju. Tu la, tak payah nak berarak bagai. Cukup diorang duduk satu tempat je. Walaupun feel ala warga asing kena tahan, takpe. Asalkan korang tak nyusahkan orang lain. Part ni silap la. Kita kena fikir jugak orang awam dengan peniaga.

  And yes, aku kurang setuju sebenarnya bawak budak-budak, bawak kaum perempuan sama-sama. Bukan apa, cuba kita tengok perempuan muslimah yang datang sana? Aku rasa, tak enak mata. Kenalah fikir apa akan jadi kat diorang.

  Orang laki boleh la cerita kencang, dah diorang hati kering sikit. Perempuan ni bila dah kena jerit sikit, dah getar. Budak-budak apatah lagi, taktau apa-apa. WALAUPUN DEMONSTRASI AMAN. Aman tak aman, ada risiko. Itu kena fikir.

  Apa kata perempuan duduk rumah, sediakan air selepas si suami penat melalak-lalak ala menegakkan keadilan sana? Dan kanak-kanak pergi save energy untuk urut ayah yang penat berjalan ke hulu-hilir.

  Sapa nak bising-bising kata perempuan perlu bangkit sama. Ya, perlu bangkit BILA PERLU. Sekarang tak perlu, masih aman lagi negara kita. Kita bukan nak pi berperang. Kita nak demo je.

  Kitalah yang kena duduk doa', mudah-mudahan Allah selamatkan negara kita.
  
  Laki duduk bantah. Adil kan?


*********************************************************************************

  Pasal Ambiga, Ambigo semua aku taknak komen. Ni ha, AI-biga mari berblogging. Aku lagi suka cakap hal umum daripada kasi putar belit otak kita. Kalau korang nak tau maklumat lanjut pasal Bersih 3.0 ni, rajin-rajin la klik SINI dan SINI.

  Apa pandangan korang lepas baca entri aku? Setuju ke tak?

27/04/2012

6 Syarat AURAT Solat Tanpa Telekung.


Bismillah.

Dear journal,

  Baru-baru ni aku tengok dah ada muslimah Melayu start solat tanpa telekung. Tapi dalam purata 5% ar dalam satu surau atau masjid yang aku nampak. Bagi aku, bagus la. Dah ada orang yang mudahkan cara solat dengan cara yang betul.

  Tapi!

  Ades, masih ada yang kena tegur-tegur sikit la.. So, harini aku diilhamkan untuk buat entri ni. Sebelum ni aku tulis 5 Kelebihan Solat Tanpa Telekung. Jangan fikir kelebihan je, tapi solat tak diterima. Kena tau jugak syaratnya, terutama syarat aurat.

  Mudah-mudahan peringatan khususnya untuk diri aku dan semua dapat dikongsi sama. Ambik yang jernih, buang yang keruh. Sentiasa perbaiki diri sendiri bersama.

  Apapun, entri ni boleh related dengan entri 9 Cara SALAH Dalam Menutup Aurat KEPALA. Sebab masih menyentuh jugak aspek aurat.



SYARAT 1 : Mestilah Menutup Dagu.


  Seperti yang aku cakap dalam entri SINI, ada canggah pendapat pasal dagu. Tapi kalau ikut mazhab Syafie, aha, jadi tutup dagu tu ya. 

  Ramai orang solat tanpa telekung tak bertutup lohong dagu dia. Kalau pakai tudung bawal, boleh pin kan bahagian tepi. Kalau pakai tudung sarung, kena la pakai dua lapis untuk tutup dagu tu. Gunalah style apapun, yang penting mesti tutup.

  Oh ya! Jangan lupa pin kan belakang tudung dengan baju! Nanti time sujud, boleh terselak tudung. Nanti nampak leher, batal pulak. Jangan lupa bab tu.

[Isu dagu ni terdapat khilaf, canggah pendapat. Jadi, ikutlah mana yang rasa betul. Aku taknak letak hukum sesuka hati. Rujuk kat SINI antara pendapat.]


SYARAT 2 : SEELOK-ELOKNYA PAKAI HANDSOCKS!


  Yes, sebab time melakukan pergerakan solat, ada kemungkinan baju lengan kita boleh tersingkap dan nampak aurat. Memang kita boleh cepat-cepat betulkan, tapi solat kita akan jadi sangat tak selesa dan kita tak sedar kalau terbukak aurat So, kenalah pakai ok. Handsocks ni memang digalakkan.



SYARAT 3 : Memakai Baju Lengan Pendek Dengan Handsocks.


  Ingat, syaratnya MENUTUP AURAT, bukan MEMBALUT AURAT. Kalau handsocks nya ketat, maka tak dikira menutup aurat sebab ketat. Paling selamat kalau pakai baju lengan pendek ni dipakai 3 lapis. Baju luar lengan pendek, baju lagi kat dalam lengan panjang, dan handsocks. Sanggup?

  Jadi, tak boleh. Baju kenalah longgar semuanya. Tak boleh ada yang ketat, walaupun lengan tangan.



SYARAT 4 : Kain Tak Jarang Dan Nampak Dalam.


  Seeloknya solat tanpa telekung biarlah pakai kain. Jadi bentuk kaki semua lagi yakin tertutup. Cuma, pakailah seluar kat dalam kain. Nanti time solat tersingkap kain tu, susah jugak. Baju rasanya tak perlu risau. Cuma perlu labuh dan longgar. Kalau pakai tudung labuh, lagi mudah.

  Dan tudung bawal ni kadang-kadang boleh nampak bayang-bayang leher kita, jadi pastikan takde bayang-bayang semua sebelum solat, ok. Nanti terbatal solat, sayang je kita solat.



SYARAT 5 : Pakai Stokin Yang Tebal.


  Pastikan stokin yang dipakai kenalah longgar dan tak nampak warna kulit kaki kita. Dan tak nampak bentuk jari antara kaki. Jadi, kita kena kasi longgar-longgar sikit stokin tu

  Apapun, nampak jari kat stokin tu pun ada khilaf jugak, bercanggah pandangan. Ada yang kata nampak bentuk dimaafkan pada syarak. Allahhua'lam..

  Sebab tu la tak digalakkan pakai stokin terlalu pendek dan nipis. Nanti susah nak solat.


SYARAT 6 : Pakai Seluar?


  Seeloknya, pakailah kain. Sebab khuatir seluar ketat dan time buat pergerakan solat akan tertimbul bahagian-bahagian yang tidak diingini. Kita boleh pakai seluar. Tapi seluar tu mestilah longgar dan baju yang kita pakai mestilah labuh hingga menutup punggung dan peha.

  Still, aku tak galakkan. Sebab khuatir. Lebih baik pakai kain. Serius, aku takut nak galakkan, sebab kadang-kadang orang baca, lain fahaman dia. Yang pasti, seluar boleh pakai. Tapi ketat peraturan dia.



*********************************************************************************

  Banyak benda perlu berhati-hati kalau nak solat tanpa telekung, terutama bila lakukan pergerakan solat. Sebab tu pakaian semua perlu longgar dan tudung seeloknya labuh.

  Apapun, aku nak nasihatkan kepada orang-orang yang bergaduh pasal perkara khilaf atau bercanggah pendapat. Untuk berdebat dalam perkara ni, mesti kena banyak ilmu, bukan sekadar cakap ikut baca internet. Kena ada rujukan kitab ulamak, mazhab semua.

  Aku sendiri takut nak cakap apa-apa, apatah lagi main jatuh hukum pasal benda khilaf ni.

  Kalau korang tanya aku, dalam perkara khilaf, aku akan lagi hati-hati. Contohnya isu dagu, isu stokin, even isu sapu muka selepas solat. Cuba fikir dengan baik-baik. Then pilih la. Tak guna kita nak berbalah sebab benda yang berlainan pendapat ni.

  Yang penting, Allah lagi Mengetahui..


26/04/2012

Matrikulasi Berpuaka?

Bismillah.

Dear journal,

  Selepas aku habis berniaga kat Putrajaya, aku pergi makan-makan. Pak uda aku mula bercerita pasal hantu kat kampung dia.

  "Kat kampung pak uda keliling kelapa sawit je. Pernah ada orang buru burung, sekali dapat tangkap langsuir."

  "YE KE?! Langsuir tu buat apa?!"

  "Takde la, hantu tu saja kacau-kacau. Nak buru burung pukul 12 tengah malam. Kalau kitorang balik kampung malam-malam, ada satu lorong kelapa sawit tu kitorang takkan lalu sorang-sorang. Mesti tunggu kereta lain yang nak lalu lorong tu, kitorang follow belakang."

  "Kenapa?"

  "Sebab ada cerita orang balik malam naik motor. Tengah jalan, tiba-tiba lampu motor dia terpadam. Kau bayangkan kak, keliling ladang kelapa sawit. Takde lampu! Tiba-tiba ada kabus."

  "Apa jadi?"

  "Dia redah jela.."

"Jom main geletek, anak-anak!"
fatsalkiller.blogspot.com

  Tiba-tiba aku teringat arwah atuk yang dulu naik basikal ada pontianak tumpang belakang. Dia terus tinggalkan basikal, lari balik rumah. Tapi kalau kat ladang? Pergh! Pergh pergh!

  "Kampung pak uda kat mana?"

  "Kat Banting la.. Tapi orang kampung dah biasa dah hantu-hantu ni semua kak.. Biasalah, kampung. Ala, kat kampung Perak lagi seram."

  Dah lama aku tak balik kampung kat Perak. Tapi selama aku duduk kampung, kurang rasa seram. Tapi family aku ada jugak kena usik. Still, aku rasa sayang jugak dengan kampung aku. Aku diamkan je.

  "Ohh.. Kat Banting ehh banyak hantu.."

  Otak aku habiskan ayat kat situ. Banting.. Ish, seram aku!


*********************************************************************************


  Balik rumah, hero kerinting aku dah tanya dapat Matriks mana. Aku pelik. Check kat Facebook, ada member tak dapat Matriks. Aku dah takut. Matematik Tambahan aku boleh kata punah jugak la. Otak aku dengan nombor ni kurang kamceng.

  Aku malas nak ambik tau. Kononnya buat konklusi takkan dapat. Hero kerinting nak senangkan hati aku, dia tolong check kan.

  "Eh! Kamu dapat la! Kat Selangor, 2 tahun."

  Wah! Kemain aku senyum! Syukur sangat-sangat. Apa lagi, aku check sendiri. Sekali tu.....


  Korang nampak tak point entri ni? Aku tepuk dahi! Redha jela.. Yang penting, aku percaya Allah selalu ada, Dia sentiasa melindungi aku. Aku percaya. Cukup ada Allah.

  Yang pasti, part bestnya aku insyaAllah dapat laptop tip-top sendiri, wakakaka! Boleh la aku update entri blog walaupun tak sekencang harini, ekekeke! InsyaAllah.. Doa'kan aku yang terbaik ya..

  Oh ya! Apasal ramai readers komen Matriks ni susah? Aku dah goyang dah ni. Boleh kasi info tak sikit? Apapun, aku masih tunggu keputusan Institut Pendidikan Guru dengan UPU, yakni universiti awam. InsyaAllah.. Itu perancangan aku, tapi perancangan Allah yang perfect untuk aku.

25/04/2012

Ikan Apa Kawan Dengan Syaitan? [Hampeh Tahap Gaban #5]

Bismillah.

Dear journal,

  Ini salah satu babak aku nak keluar tengok wayang kot dengan family aku. Tiba-tiba cousin aku sorang datang kat aku dengan adik laki aku.

PS : Apasal kartun aku macam tengah ngandung?
Wakakaka! Abaikaaaan!
















*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Kasi sebat!

NOTA : Alhamdulillah, harini dapat result Matrikulasi dan aku ditempatkan di Selangor selama dua tahun! Korang yang dah tau result? Sembang kencang la kat sini, ekeke! Kalau nak check result, kat SINI!


24/04/2012

Isu PTPTN, Isu Pendidikan Percuma, Isu TIBAI, Isu Muslimah PAS!

Bismillah.

Dear journal,

gadel.info

  Aku tengok kan, konflik politik negara kita ni makin musnah, makin punah. Sebagai rakyat, aku hanya mampu meluahkan jela rasa hati aku dan berdoa' mudah-mudahan negara kita tak tercapai dek akal zaman Jahilliyah yang dulu. Ada beberapa isu yang aku tengok dan nak bagi pandangan rasional aku.

  Semoga entri kali ni boleh kasi asah minda kita masing-masing dan selangkah jadi rakyat lebih baik. Aku pun nak jugak ambik ilmu, nak dengar cerita korang pasal politik. Ke tak ambik port? Ekeke! Baca jela ehh.

NOTA : Banyak jugak isu aku ulas. Kalau korang interesting dengan satu isu je, baca tu jela. Tapi kalau nak kasi kembang pengetahuan politik korang, baca la banyak-banyak.



ISU 1 : Mansuhkan PTPTN.

  First, aku sokong yang pinjaman bunga PTPTN tu melampau. Kalau pinjam RM100, RM100 jela bayar. Kenapa ada caj lebih? Kata nak bantu pelajar.. Alasannya, nak bagi pekerja PTPTN makan.

  Takde bahagian duit kerajaan lain ke korang nak korek? Dah la kita baru nak belajar, baru nak kerja. Mana nak sara diri, sara pekerja PTPTN lagi?? Amboi?

  Tapi nak mansuhkan 100%, jangan la. Tak semua anak pandai sampai dapat biasiswa. Dan tak semua mampu nak biaya yuran universiti. Yang taknak pinjam tu, dah la. Tak payah nak bising. Ramai lagi orang kurang berduit nak pinjam.

  Mansuhkan caj dia je boleh tak? Please, please, pleaseee..

  Dan ada sesetengah orang sokong mansuh PTPTN sebab taknak bayar hutang. Ni aku nak tergelak. Macam tu pun boleh eh? Sebelum mansuh, apa kata kasi settle dulu hutang korang? Korang dah tau kan ada bunga semua sebelum pinjam. Jadi?

  Dalam gambar ni ada jugak orang kutuk. Kononnya menunjuk-nunjuk, taknak solat dalam masjid. Aku terus istighfar. Ya Allah, apa masalah korang ni sampai isu solat pun nak masuk campur? Lantak diorang la nak solat kat mana. Itu tanah milik Allah SWT dan apa dosa diorang kalau diorang nak solat?

  Soal riak, menunjuk-nunjuk, itu antara diorang dengan Allah SWT. Kalau ada segelintir tu niat memang ikhlas? Menanggung la dosa fitnah. Dan kalau sekadar menunaikan solat wajib perlu riak, aku taktau la. Solat wajib ni memang dah WAJIB kita buat. Semua orang kena buat. Nak taknak je.



  Dan ni apa kejadah pulak buat macam ni? Tolonglah, kita ada akal. Perlu ke sampai mendoa'kan kematian orang? Dah protes tu, protes jela. Perlu ke sampai macam ni? Ini ke yang ibu ayah didik kita? Memberontak sampai macam ni?



ISU 2 : Pendidikan Percuma?

  Tapi aku tak setuju pendidikan percuma. Pendidikan percuma? Oh tidak. Aku bagi cakap straight jela kenapa aku tak setuju.

  First, aku dapat tau negara luar yang education free tu negara diorang back-up dengan cukai yang tinggi. Rakyat Malaysia mesra cukai? Oh tidak. Cukai naik 1% pun kita dah ngeluh.

sinarharian.com.my

  Second, aku perhatikan senior-senior aku. Dulu time sekolah menengah santai je belajar. Siap ada ponteng lagi. Dapat result hampas. Lepas tu taktau hala tuju. Last-last struggle kat IPTS. Score markah gempak-gempak. See? Kita ni jenis manja. Dah susah baru faham erti hargai.

  Third, habis, bankrap la IPTS. Ceruk mana pulak diorang nak cari students? Of course semua kalau boleh nak free. IPTS kan kena bayar lebih sikit. Habislah diorang.

  Fourth, apa akan jadi dengan persaingan remaja Malaysia? Tengok negara kita bersaing bab ilmu. Siapa belajar sungguh-sungguh, dapat lebih. Aik, belajar macam hampas pun dapat lebih? Tak patut, tak patut..

  And siapa nak kata kat aku yang semua orang ada hak untut tuntut ilmu walaupun result tak gempak, yes, memang semua ada hak. Tapi pergilah usaha lebih. Kumpul duit, buat pinjaman study semua.


  Oh, so kalau result hampas, disebabkan alasan HAK tu, kita pun nak senang macam orang yang dah perah otak gila-gila time study berbanding kita yang leklek je time study? Tolonglah fikir sikit sebelum cakap.



ISU 3 : Penubuhan TIBAI.

  Ni aku dapat tahu daripada blog Aiyang. Seriously?

celahgelegar.blogspot.com

  TIBAI bermaksud 'Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim'. Seriously?

  Apa kejadahnya korang tubuhkan TIBAI ni? Korang nak jadi ahli politik gengster ke? Tolonglah jangan berperangai macam kanak-kanak Ribena. Korang ni nak politik sihat ke kurang sihat? Daripada korang buang duit buat program mengarut ni, apa kata korang bukak biasiswa?

  Aku bukan kata nak marah, tapi aku rasa geram. Sebab dah mengarut sangat diorang ni. Tak tercapai dek akal aku dah.


ISU 4 : Muslimah PAS. Apa Kejadahnya??


Maaf gambar buruk. Aku censored kan aurat dia.
Kesian readers aku, nanti dapat dosa free, ekeke!
 

   Ni pun aku tak faham. Dah tengok perempuan ni kepala botak, kain tak cukup, logik ke nak panggil muslimah PAS? Even satu Malaysia dah maklum kalau muslimah PAS ni macam mana pakaian dia semua. Bukan nak cakap apa, tapi ni dah jadi pandangan tipikal.

  Perempuan ni, aku rasa tak perlu aku nak sebar hal dia. Yang pasti, aku just nak cakap betapa ceteknya akal sampai nak beza-bezakan jenis pengikut parti. Oh, so kalau muka pecah rumah sokong PAS, PAS ni ajar benda jahat la?

  Kalau ada muka pecah amanah sokong BN, BN ni ajar benda buruk jugak la? Come on la. Yang penting kita nilai kredibiliti parti tu, jalankan amanah ke tak. Yang sokong tak sokong tu, hak masing-masing.


*********************************************************************************

Tolong la. Dari mana aku dapat ni?

  Apapun, korang tau tak video MatLuthfi pasal politik? Video tu di share kan kat Facebook tiap-tiap ketua politik. Ketua BN, ketua PKR, ketua PAS. Masing-masing dapat satu. Sebenarnya dalam sedar tak sedar, aku perhatikan, mana satu page Facebook ketua ni yang ambik perhatian pasal video MatLuthfi ni. Sebab video tu memang merangkap luahan hati rakyat kita.

  So, mana satu yang bagi respon video tu? Jawapan dia?

  Ketua PAS je yang bagi respon, sebarkan balik and sokong video tu. Yang lain? Hmmmm.. Lalalalala~

[Jangan nilai aku terus yang aku ni penyokong PAS. Ini atas dasar pemerhatian aku. Dan aku tak tipu korang.]

23/04/2012

Siapa Kata Lelaki Tak Suka Makwe Kasar?

Bismillah.

Dear journal,

  Aku taktau kenapa hati aku tiba-tiba nak cakap pasal benda ni. Maybe sebab aku nak lepakkan otak aku sekarang. Dan aku rasa otak korang pun dah berserabut baca entri aku yang serius tahap gaban. So, apa kata kita cakap hal light-light?

  Apapun, as usual, aku cerita ni ambik yang jernih buang yang keruh alrite. Sebab ni pun kisah zaman aku dulu-dulu. Kita mestilah kena berubah selalu ke arah kebaikan kan? Ok, sudah faham, kita teruskan!

  Masa aku budak-budak kan, members aku selalu cakap,

  "Kau ni mana boleh kasar-kasar sangat AI. Perangai macam laki, terkinja-kinja macam laki. Nanti takde laki suka kat kau."

  Ok la, orang yang kenal aku dalam real life je yang tau aku ni memang kasar gila masa budak-budak. Sekarang kasar jugak, tapi light-light. [Ye ke?] Itu sejarah aku sendiri. Yang pasti, aku macam, pi lantak la ada laki nak suka ke tak. Yang penting takde sapa berani buli aku.


Best jugak kalau aku buat aksi ngeri kat future hubby aku macam ni, wakaka!

  Satu hari, aku lepak kat satu pokok belakang sekolah dengan member-member aku. Tiba-tiba datang la satu geng laki ni kat kitorang. Tengok muka macam geng mamak. Wakaka! Ada sorang laki ni ala boss geng tu la, dia halau kitorang.

  "Woi, ni tempat lepak kitorang. Berambus."

  Maka aku pun terus buat dono sebab pokok tu bukan abah dia yang tanam dan jaga. Lagipun pokok tu dalam tanah sekolah, harta sekolah. Oleh kerana aku buat dono, maka terjadilah satu pergaduhan mulut antara kitorang.

  Dan masa kelas malam, aku bertembung dengan boss dia. Kitorang gaduh mulut lagi and lastly kitorang bertumbuk depan tangga. Aku menang walaupun aku ada tersungkur sekali kena tendang dengan dia. Dan cikgu jumpa kitorang, marah-marah-marah.

collider.com

  Aku ingatkan dah habis. Rupa-rupanya laki tu tak puas hati sebab kalah malu. Dia panggil geng-geng dia, berkumpul belakang sekolah. Ramai gila, serius ramai. Macam 30+ orang. Maybe diorang sebar kat semua orang kot. Aku taktau apa motif dia. Maybe nak ramai jadi saksi kemenangan dia kot.

  Tapi akhirnya sebelum sempat aku bertumbuk lagi dengan dia, loceng dah berbunyi. And aku taktau kenapa, tapi tiba-tiba kitorang saling minta maaf dan berbaik. Ok. Aku pun, ok.

  Tiba-tiba keluar cerita geng dia jumpa aku, kata yang boss dia suka kat aku. Aku dah.. Oh tidak. Tidak-tidak-tidak. 

  Itu sungguh menakutkan. Satu mimpi ngeri. Oh tidak. Kalau muka dia ala gengster hensem and cool ala Crow Zero ke, geng Jun Matsumoto ke, boleh difikirkan, wakaka!

Matsumoto-kun, hancur hatiku menatap kau menyentuh ramai bukan muhrim.
Maka kau bukanlah calon suami terbaik aku.
Syukurlah hero aku seorang muslim. Kalau tak aku kasi sengat, wakaka!


  Dan oleh kerana aku tolak 'cinta monyet' dia, maka kitorang bergaduh lagi. Benda ni berakhir bila laki tu pindah sekolah. Alhamdulillah. Syukur. Dah sampai aku pegang penyapu nak halau dia.

  And bila aku lalui hidup aku, pengalaman aku kan, aku boleh buat beberapa konklusi melalui topik aku.


  1. Tak semua laki taste perempuan lembut.

  2. Ada sesetengah laki akan jatuh hati dengan perempuan yang boleh smackdown keegoan dia.

  3. Ada sesetengah laki suka perempuan yang lasak, yang boleh buat benda setaraf dengan laki.

  4. Ada sesetengah laki suka perempuan garang.

  So, mana yang desperate tu aku rasa tak perlu belajar pakai skirt, pakai make-up dengan kadar over, pakai baju ketat, ok? Percayakan diri kita seadanya. We can do better than show our body actually. Eh, aku cakap ikhlas ni! Aku tak perli, serius.

  Dan aku sangat bersyukur kat Allah SWT. Walaupun aku kasar, tapi sebab kasar ni la aku dari kecik suka pakai seluar panjang, suka baju lengan panjang, suka topi yang cover rambut aku. Akhirnya, semua ni mudahkan aku untuk menutup aurat dengan sempurna. Perancangan Allah SWT terhadap aku sempurna.

  
  Haa.. Tapi, topik ni aku bukan galakkan perempuan jadi mafia, jadi 'naga betina' yang duk sembur asap rokok ala gengster tu ya. Kasar tu, biar bertempat, biar kena dengan waktu. Aku pun sekarang tengah cuba lembut-lembutkan diri aku ni sikit. Nanti pecah pinggan mangkuk semua kalau kasar sangat, wakaka!

  Walaupun masih kasar dan masih dalam perubahan, aku bersyukur sangat. Haa, siap dipinjamkan hero kerinting yang boleh terima aku seadanya. Ekekeke! Cepat-cepat sikit! Nanti aku kena kebas, wakaka!

P/S: Tahun ni aku pernah jumpa laki yang gaduh dengan aku tu. Aku tegur dia dan kitorang berbaik. Masing-masing dah matang. Sebagai ummat Islam, kenalah saling bermaaf-maafan.



22/04/2012

Nama Kucing Yang Tak Indah Langsung!

Bismillah.

Dear journal,

  Kat rumah aku ada sekor ibu kucing yang bernama Kecoh. Sebab bila aku bukak pintu je, dia akan kecoh panggil aku. Baru-baru ni dia beranak lagi. Salah sekor nya warna bulu macam ni.

freeimageslive.co.uk

  Nampak tak bahagian mata dia? Ada gelap, ada putih. Mula-mula, aku namakan dia Phantom. Sebab muka dia macam pakai mask, ala phantom gitu.

crazynoodle22.deviantart.com

  Then tercetusnya idea aku untuk bagi nama lain yang lagi unik.

  "Puaka, oh Puaka!"

  Aku namakan dia Puaka, wakaka! Dan sejujurnya aku tak berani panggil dia malam-malam buta. Entah puaka pulak mana yang datang nanti. Nanti aku tukar lain la. Apa ke teruknya nama Puaka daa...

  Aku cuma tertanya-tanya. Kenapa ada orang ala seriau dengan kucing hitam? Aku paling suka kucing hitam dan aku tak faham kenapa ada orang takut dengan kucing hitam. Ada pandangan???


21/04/2012

Apabila Wujudnya 'Puak-Puak Orang So-Called-Alim'.

Bismillah.

Dear journal,

  Dalam hidup aku, ada satu benda aku tak faham. Cukup aku tak faham. SERIUS tak faham. Kalau nak bagi pandangan, silakan.


*********************************************************************************

Apa Tujuan Buat Puak So-Called-Alim Ni?

  Maksud aku, pernah tak korang jumpa satu puak yang alim? Ok, kita tak kisah la diorang nak nampak alim ke, nak jadi bakal ustaz or ustazah ke. Lagi baik, ye tak? Bumi ni dibanjiri orang yang nak tegakkan kebenaran, lagi-lagi bab agama Islam. Sapa tak sokong?

flickr.com

  Tapi aku sejujurnya rasa sedih bila ada puak so-called 'Alim' ni bila pandang orang yang kurang sikit daripada diorang, diorang mula tunjuk muka meluat. Tunjuk macam orang yang buat dosa ni hina, bakal penghuni neraka dan kaw-kaw diorang confirm masuk syurga.

  Motif? Sebab diorang dalam puak alim?


Aku Tak Faham La. Cuba Kau Bagi Contoh?

  CONTOH :

1. Bila tudung kau tak labuh, biasa-biasa je, diorang akan pandang macam kau ni hina.
2. Nak cakap pandangan diorang pasal freehair, apatah lagi.
3. Apabila diorang ni anti, benci sangat dengan orang yang slack agama.
4. Apabila diorang pandang orang tak solat, tak puasa ni hina jugak.

fairuzliyana.blogspot.com

  Itu antara contoh yang aku pernah nampak. Selebihnya, korang boleh cari sendiri.

  Kalau korang nak contoh pengalaman aku sendiri, aku boleh bagi. Dah lama dah. Ada sorang makcik ni selalu aku nampak dia. Pakaian ala ustazah la jugak. Dan satu hari, aku nampak dia tengah sapu sampah kat luar rumah dia. Dengan cucu dia kot.

  Aku tegur hai kat cucu dia memandangkan cucu dia comel dan berambut kerinting. Tiba-tiba muka makcik tu berubah. Anak mata dia pandang aku sikit dan dia cepat-cepat angkat cucu dia bawak masuk rumah. Aku terus..

  "Apa kejadahnya makcik ni? Muka aku ada ala puaka ke?"

  Aku taktau kalau aku pernah buat pape kat dia tapi seumur hidup aku, aku tak pernah cakap dengan dia lagi. Dan aku agak tersentap jap. Kalau aku ada buat pape salah, ini ke cara penyelesaian masalah? Daripada pemakaian, sahsiah dia, aku rasa dia boleh buat lebih daripada tu.


Meh Sini Aku Nak Tegur Sikit.


  Wahai orang yang sentap dan terasa bila aku buat entri ni.

forum.lowyat.net

  Sejujurnya aku sangat kecewa sebagai saudara seagama. Kita fikir kalau kita buat amal sendiri-sendiri, kita dapat free-free masuk syurga ke? Kita fikir duduk kat dunia ni hanya pegang seketul tanggungjawab je ke? Jaga kain masing-masing?

  Ok la, kalau contohnya kau jumpa seorang pendosa. So, kau kena elakkan diri daripada dia ke? Takut dosa dia terpercik kat buku amal kau? So, apa gunanya kau tuntut ilmu banyak-banyak? Apa gunanya kau berserban, bertudung labuh, berkopiah tapi bergaul sesama korang sahaja?

TAKE NOTE : Aku sebut bertudung labuh, aku sedar salah satu tujuan utama adalah untuk menjaga diri kita sebagai orang perempuan. Tapi dalam sedar tak sedar, bila luaran orang dah nampak Islam, jadi faham-faham la sendiri tanggungjawab kita.


Orang Yang Alim Untuk Diikuti, Bukan Untuk Dibenci.

tariganter.wordpress.com

  Patut la kita tengok dah ramai orang biasa-biasa cukup tak suka orang ala alim ni. Kenapa? Sebab sikap deskriminasi golongan so-called alim ni sendiri terhadap seseorang yang nampak plain, nampak macam bukan kaki solat, bukan kaki agama.

  Korang ada tengok tak cerita 'Aku Masih Dara' watak Ashraf Muslim? Bagi aku, itulah sebenar-benar muslim sejati. Sentiasa bersangka baik, sentiasa menerima orang seadanya, sentiasa faham yang manusia ni berbeza, dan bijak gunakan dakwah dengan cara halus.

  Orang yang alim, yang misi untuk tegakkan agama adalah orang untuk diikuti, bukan untuk dibenci. Bila kita dibenci, gagal la misi dakwah kita.

  Tak kira berapa besar pun dosa seseorang yang kita jumpa, ingat sikit!

  Esok tak semestinya dia seorang pendosa tegar.

  Dan esok tak semestinya kita seorang 'muslim tegar'.

  Entah-entah time kita terkial-kial nak lalu Siratul Mustaqim, si pendosa yang kita cerca, yang kita hina tu dengan sepantas kilat masuk syurga. Time tu, menganga la kita kat tengah jambatan tu.

  Jangan kita nak keji orang yang lebih buruk daripada kita, sebab esok mungkin dia jadi lebih baik daripada kita.


Kepada Puak Yang So-called Alim.

  Berbalik la kepada akhlak, dakwah yang sebenar yang dipamerkan oleh baginda mulia kita, Rasulullah SAW. Jangan kita larikan diri, fikir nak bawak puak kita je ke syurga. Ingatlah bila dunia akan ceritakan perilaku kita kat Allah SWT.

elsharkyy.tumblr.com

  Kita takut-takut, nanti kita bakal dilaknat kerana mementingkan diri sendiri. Hidup ni bukan sekadar menyelamatkan diri. Kalau prinsip macam tu ada, dah lama baginda Rasulullah SAW sisihkan kita, ummat baginda. Dah lama kita tak dapat syafaat, baginda sorang yang masuk syurga.

  See? Kita hidup bukan untuk diri kita je. Kita hidup untuk diri kita dan bawak orang lain sama-sama.

  Dan sedarlah, kalau kita asyik berpuak macam ni, kita bagaikan menconteng arang kat agama kita sendiri. Sebab Islam menyatakan, 'Agama Itu Nasihat'. Fikir balik. Ada ke kita buat macam tu? Entah-entah sebab kita la, orang lain makin bencikan agama. Ya, sebab kita.

  Fikirkan. And take note jugak yang tak semestinya orang berkopiah dan bertudung labuh je boleh berdakwah. Kita tau ilmu agama kita tak banyak sangat, tapi dengan terapkan nilai-nilai murni, akhlak yang baik untuk orang ikut, itu pun dakwah.

  Dalam masa yang sama teruskan menuntut ilmu agama. Jangan bagi alasan kita tak sekolah agama, kita tak payah tau sangat bab agama. Apapun, aku berharap moga-moga berkurang la golongan macam ni. Dan aku berharap diri aku dan pembaca takkan jadi golongan macam ni..

  Bila dah rasa diri tu alim, perlu ke nak larikan diri bila orang yang kurang agama nak bergaul dengan kita? Apa ingat kita alim, amal dah banyak? Dah dapat dah tiket syurga? At least taknak gaul pun, hormat la sebagai manusia. Semua manusia ada buat dosa.. Kita bukan maksum.